Friday, November 6, 2009

Sekian Lama...

Minta maaf kepada para pengunjung kerana sudah agak lama sue tidak mengupdate blog cili ini...hehehe bukan apa...sue kurang sihat...jadi ketiadaan mood membuatkan blog ini terbiar begitu sahaja. Apapun suami sue masih rancak mengeluarkan hasil cili dan alhamdlillah masih ada rezeki untuk kami sekeluarga...sekiranya ada masa terluang, su akan cuba mengupdate dengan gambar sekali...

Wednesday, September 9, 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri...



Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua warga fertigrasi tidak kira di mana anda berada...berhati-2 di jalan raya semoga selamat sampai ke destinasi yang di tuju...

Friday, August 21, 2009

Salam Ramadhan 1430H...



Salam ramadhan buat semua warga fertigrasi, semoga ramadhan kali ini memberi seribu sinar buat kita...walau berpuasa...tugas harian tetap dilaksanakan...hujan, panas dll..itu lah cabaran sebenar dalam bulan ramadhan ini...

Thursday, August 20, 2009

Proses Perpindahan Anak Semaian Cili ke Polybeg - Ogos

Here we go...masanya sudah tiba untuk alihkan anak-anak semaian ke polybeg. Sebenarnya anak semaian ini memerlukan 3-4 minggu untuk dialihkan ke polybeg atau sehingga tumbuh 4 helai daun. So...masanya telah tiba untuk dialihkan ke rumah baru..

Monday, July 27, 2009

Anak Semaian Cili 568



Alhamdulillah...kini kami giat menyemai cili jenis 568 yang diketahui pokok cili yang tahan lasak..harap-2 begitu la..Untuk minggu nih...xder aktiviti sangat cuma tengah menyiapkan tempahan seseorang yang mahukan anak cili api dan merah..Insyaallah..kami akan cuba memenuhi permintaan pelanggan yang mahukan pakej percubaan atau juga sebagai pakej untuk tanaman di rumah..

Thursday, July 23, 2009

Set Fertigrasi Untuk Cikgu Shukri



Alhamdulillah...harini kami bakal menghantar set fertigrasi kepada Cikgu Shukri dari Sijangkang. Beliau amat berminat dengan projek cili fertigrasi, jadi untuk sesi pengenalan beliau telah menempah 20 polybeg untuk permulaan...set ini terdiri daripada anak benih yang telah siap disemai didalam polybeg yang mengandungi sabut kelapa dan juga air baja. Sistem piping tidak digunakan buat sementara memandangkan kos yang tinggi untuk pam, timer, dripper dan lain-lain lagi...

Insyaallah...kami akan terus memberi sokongan dan khidmat nasihat dari masa ke semasa kepada sesiapa yang berminat. Semoga ilmu yang kita perolehi akan diberkati oleh ALLAH swt..

Monday, July 20, 2009

Proses Pertukaran Benih 990 ke Benih 568

hhehehehe...kini kami dalam proses pertukaran anak benih...kenapa? sebab hasil sekarang yang amat kurang memberangsangkan..sementara menunggu benih baru, kami masih mengekalkan dan masih menuai hasil yang ada kini...satu pengalaman dan proses pembelajaran yang amat berguna kepada kami yang masih dahagakan ilmu.

Apa pun Selamat Menyambut Israk Mikraj pada hari ini genap 27 Rejab 1430 hijrah...