Monday, July 27, 2009

Anak Semaian Cili 568



Alhamdulillah...kini kami giat menyemai cili jenis 568 yang diketahui pokok cili yang tahan lasak..harap-2 begitu la..Untuk minggu nih...xder aktiviti sangat cuma tengah menyiapkan tempahan seseorang yang mahukan anak cili api dan merah..Insyaallah..kami akan cuba memenuhi permintaan pelanggan yang mahukan pakej percubaan atau juga sebagai pakej untuk tanaman di rumah..

Thursday, July 23, 2009

Set Fertigrasi Untuk Cikgu Shukri



Alhamdulillah...harini kami bakal menghantar set fertigrasi kepada Cikgu Shukri dari Sijangkang. Beliau amat berminat dengan projek cili fertigrasi, jadi untuk sesi pengenalan beliau telah menempah 20 polybeg untuk permulaan...set ini terdiri daripada anak benih yang telah siap disemai didalam polybeg yang mengandungi sabut kelapa dan juga air baja. Sistem piping tidak digunakan buat sementara memandangkan kos yang tinggi untuk pam, timer, dripper dan lain-lain lagi...

Insyaallah...kami akan terus memberi sokongan dan khidmat nasihat dari masa ke semasa kepada sesiapa yang berminat. Semoga ilmu yang kita perolehi akan diberkati oleh ALLAH swt..

Monday, July 20, 2009

Proses Pertukaran Benih 990 ke Benih 568

hhehehehe...kini kami dalam proses pertukaran anak benih...kenapa? sebab hasil sekarang yang amat kurang memberangsangkan..sementara menunggu benih baru, kami masih mengekalkan dan masih menuai hasil yang ada kini...satu pengalaman dan proses pembelajaran yang amat berguna kepada kami yang masih dahagakan ilmu.

Apa pun Selamat Menyambut Israk Mikraj pada hari ini genap 27 Rejab 1430 hijrah...

Thursday, July 16, 2009

Penyakit-Penyakit Cili

hhhmmm harini baru sempat kongsi tentang penyakit cili nih. Banyak sebenarnya penyakit-2 nih...terpulang kepada kreatif anda semua dalam menangani permasalahan ini. Jom kita intai apa penyakitnya...

Oh yer..saya ada terdengar info mengatakan pokok cili nih alergik pada asap-asap sampah...betul ker? Sila berikan komen anda yer...

DAUN KERINTING

LALAT BUAH

PENGOREK BUAH - KERJANYA MENGOREK BUAH-BUAH YANG MASIH HIJAU @ MERAH

Thursday, July 9, 2009

Kursus Cili Fertigrasi

Sekiranya tiada masalah, Insyaallah, kami akan mengadakan kursus jangka pendek untuk cili fertigrasi ini. Kursus ini meliputi asas dan juga dari proses semaian hingga ke proses menuai hasil. Teruskan memberi sokongan kepada pihak kami untuk terus maju ke hadapan. Kami berada di lokasi Kuala Langat. Selangor Darul Ehsan.

Cukup untuk setakat ini, kami akan sentiasa memberi berita-berita terbaru untuk entri yang akan datang..

Sebarang pertanyaan atau kemusykilan, boleh lah hubungi kami atau meninggalkan pesanan di alamat seperti yang tertera di atas.

Yang Masak Ranum....Yang Hijau Segar







Hasilnyaaa







Suasana Kebun Selepas Projek Dijalankan





Suasana Kebun Sebelum Projek Dijalankan













Alatan Fertigrasi

Heheheeh bukan murah kos untuk projek fertigrasi nih..mahu pengsan kalo aku detailkan kat sini. Namun aku bangga kerana mak + abah + ahli keluarga lain begitu menyokong projek ini..Jom kita tengok peralatan fertigrasi ini..


TANGKI AIR 500GL

BAJA A+B

SABUT KELAPA DI DALAM POLYBEG

ANAK SEMAIAN DI DALAM TRAY

TIMER

PAM 2.0HP