Thursday, July 23, 2009

Set Fertigrasi Untuk Cikgu Shukri



Alhamdulillah...harini kami bakal menghantar set fertigrasi kepada Cikgu Shukri dari Sijangkang. Beliau amat berminat dengan projek cili fertigrasi, jadi untuk sesi pengenalan beliau telah menempah 20 polybeg untuk permulaan...set ini terdiri daripada anak benih yang telah siap disemai didalam polybeg yang mengandungi sabut kelapa dan juga air baja. Sistem piping tidak digunakan buat sementara memandangkan kos yang tinggi untuk pam, timer, dripper dan lain-lain lagi...

Insyaallah...kami akan terus memberi sokongan dan khidmat nasihat dari masa ke semasa kepada sesiapa yang berminat. Semoga ilmu yang kita perolehi akan diberkati oleh ALLAH swt..

No comments:

Post a Comment