Thursday, November 11, 2010

Hari Baru...



Salam...lama sudah x update blog cili nih...heheheh sibuk sikit lagi pon x der cerita baru nak diletakkan...kebun su sudah mula beroperasi..sabut2 sudah mule disusun ditapak...alhamdulillah akhirnya fasa kedua berjaya jua dilaksanakan...fasa kedua ini akan melibatkan penanaman sayuran lain selain cili, seperti sawi, kacang panjang...insyaallah ada masa su akan turun ke kebun...hehhe skrg ada baby, malas sikit nk kebun tuh...

Oh yer...semalam ada tempahan pokok cili dari cikgu Asmadi daripada ampang...nakkan benih cili, 4 pokok cili berusia 4-5 bulan dan juga anak semaian dalam tray, malangnye anak semaian x dapat ditemui...huhuhu order last minit...tapi demi nak menolong orang yang kesempitan sanggup juga su dan suami redah mencari kawan-2 yang boleh menjual pokok cili. Kata cikgu Asmadi untuk pameran sekolah di Sepang...jenuh gak tunggu cikgu sampai ke rumah su, menjelang pukul 10 mlm baru sampai...alhamdulillah selamat dihand overkan kepadanya...

Juga kepada sesiap yang berminat, sila lah buat tempahan awal yer untuk anak semaian atau pokok cili...

Friday, September 3, 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri...

Salam semua warga fertigrasi...sue dan suami ingin mengambil kesempatan mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI DAN MAAF ZAHIR BATIN...insyaallah selepas raya nanti kami akan beroperasi seperti biasa...su berehat panjang kerana baru bersalin cahaya mata yang keempat...terima kasih tidak terhingga buat semua yang memberi sokongan yang tidak berbelah bagi kepada kami...

Thursday, February 18, 2010

Anak Semaian Cili


Salam semua kepada usahawan fertigrasi..sue dan suami berharap anda semua sihat walafiat dan berharap semoga projek fertigrasi masih diteruskan. Walaupun modal agak tinggi pada permulaan projek, namun insyaallah kita akan dapat balik modal tersebut sekiranya kita benar-2 fokus pada projek ini.

Heheheh melalut pulak yer...sebenarnya sue dan suami mendapat banyak panggilan mengenai anak semaian cili...sekiranya anda bernasib baik, ada jugak la anak semaian tersebut, jikalau tidak, anda harus menempah dahulu anak semaian. Ini kerana banyak terjadi kami telah menyemai anak semaian, toke-2 tersebut tidak jadi mengambil anak semaian tersebut, jadi kami mengalami sedikit kerugian. Justeru itu, sekiranya anda yang berminat untuk membeli anak semaian cili, seeloknye membuat tempahan dahulu dan sedikit deposit kepada kami supaya perancangan dapat berjalan dengan lancar dan tiada pihak yang rugi...

Akhir kata...selamat maju jaya kepada usahawan cili fertigrasi...

Wednesday, February 3, 2010

Jadi Runner...

Salam semua...lama x update blog cili nih...heheheh sibuk memanjang ngan aktiviti luar...kebun kami x sempat nk di upload nampaknyer setelah hujan sekian lama pada bulan 12 lepas...banyak jugak kerja yang harus dibuat kembali untuk menanam semula.

Hhhmmm namun begitu, sekarang kami menjadi runner kepada sesiapa yang ingin anak semaian, baja dan lain-lain yang berkaitan dengan fertigrasi ini. Jadi banyak masa diluangkan dengan ke sana sini menghantar pesanan pelanggan...hahhahha kasihan kebun kami...tapi projek ini tetap kami teruskan cuma cepat atau lambat sahaja....sekiranya anda ingin memasarkan hasil cili anda, bolehlah menghubungi kami untuk urusan selanjutnya..

Thursday, January 7, 2010

Penghantaran Anak Cili 469

Alhamdulillah...semalam suami sue selamat menghantar 10 tray anak cili 469 ke senawang. Atas permintaan urgent En Zainal serta dipermudahkan oleh Allah...10 tray tersebut selamat tiba di tempat En Zainal. Kami berharap En Zainal berpuas hati dengan anak pokok cili 469 tersebut yang mana tinggal masa untuk dipindahkan ke polybeg...Harap maaf...gambar anak pokok tersebut tidak sempat kami rakamkan di atas ke'rushing'an...

Justeru...kepada sesiapa yang ingin anak semaian pokok cili, boleh lah menghubungi pihak kami untuk urusan selanjutnya...permohonan hendaklah dibuat sekurang-2nya 3 minggu sebelum anak semaian dialihkan ke polybeg. Namun jika terdapat kes urgent...permintaan akan kami pertimbangkan...

Tuesday, January 5, 2010

Selamat Datang 2010

Setelah sekian lama menyepi...akhirnya saya kini kembali berblog...Selamat Datang 2010. Pastinya banyak cabaran dan ujian yang melanda kepada pengusaha cili...jika sesiapa tidak mempunyai kekuatan dari segi mental dan fizikal...maka tinggal lah kebun cili tersebut, kerana pokok cili nih amat rumit untuk dijaga baik dari serangan serangga, ulat, kulat dan pebagai lagi....Namun kini setahun sudah kebun kami...dan kami masih belajar teori yang benar-2 dapat memberi pulangan yang lebih disamping dapat mengurangkan kos...

Insyaallah..akan kami paparkan suasana kebun kami dari semasa ke semasa kerana kami juga dalam proses pembesaran kebun cili ini....kami cuba untuk menanam 3000 pokok pula...

Kami juga sedang mencari pekebun-2 yang sukar memasarkan cili mereka. Kami akan datang ke kebun anda dan membeli secara borong. Pasaran sentiasa ada menanti anda semua. Justeru itu, hubungilah pihak kami untuk keterangan lanjut...