Wednesday, July 20, 2011

Hasil Tuaian



Inilah hasil cili 568...kami hantar ke pasar borong...mereka mahukan dalam kuantiti yang banyak setiap hari..alhamdulillah...cume buat masa ini, kami memang tidak dapat supply ke pasar setiap hari. Oleh itu kami telah mengambil langkah dengan menyemai seberapa banyak cili untuk menampung permintaan tersebut...

Semaian Cili Api Roket dan 568


Alhamdulillah....disebabkan permintaan yang luar biasa, pihak kami telah mengambil iniasitif dengan menyemai baru anak-2 cili...jadi cili akan sentiasa ada di pasaran...ini dinamakan sistem beganti-ganti...su tidak akan tunggu hinggah tempoh 6 bulan sehingga habis tuaian tetapi akan buat secara berperingkat, jika side A..habis masa tuaian, side B sedia untuk dituai pula...begitu seterusnya...insyaallah...jika semuanya dipermudahkan oleh ALLAH...

Friday, July 1, 2011

Hukum Alam.........

Hari rabu lepas 29hb...kebun su teruk dilanda banjir luar biasa...hhhhm dah ler masa tuh abang x pegi kebun sebab temankan su g klinik cucuk hero adam tuh...tahu pun biler hari dah petang...pak uteh kol...tq pak uteh...

Khamis, suami su pegi...huhuhuh memang dahsyat, pam air hampir x boleh guna...namun setelah digodek-2...berjaya juga hidup kembali...alhamdulillah...

ALLAH masih menguji kesabaran kami, su yang begitu teruja dengan hasil kebun, rupanya masih belum boleh tersenyum...serangan pengorek buah amatlah mendukacitakan...sekarang su hanya menjual cili hijau dahulu...maknanya untuk tunggu cili merah, peratus amat rendah...namun su x berputus asa...insyaallah...masih ingin meneruskan tanaman ini...masih nk tengok pulangan hasil projek ini...