Thursday, January 7, 2010

Penghantaran Anak Cili 469

Alhamdulillah...semalam suami sue selamat menghantar 10 tray anak cili 469 ke senawang. Atas permintaan urgent En Zainal serta dipermudahkan oleh Allah...10 tray tersebut selamat tiba di tempat En Zainal. Kami berharap En Zainal berpuas hati dengan anak pokok cili 469 tersebut yang mana tinggal masa untuk dipindahkan ke polybeg...Harap maaf...gambar anak pokok tersebut tidak sempat kami rakamkan di atas ke'rushing'an...

Justeru...kepada sesiapa yang ingin anak semaian pokok cili, boleh lah menghubungi pihak kami untuk urusan selanjutnya...permohonan hendaklah dibuat sekurang-2nya 3 minggu sebelum anak semaian dialihkan ke polybeg. Namun jika terdapat kes urgent...permintaan akan kami pertimbangkan...

Tuesday, January 5, 2010

Selamat Datang 2010

Setelah sekian lama menyepi...akhirnya saya kini kembali berblog...Selamat Datang 2010. Pastinya banyak cabaran dan ujian yang melanda kepada pengusaha cili...jika sesiapa tidak mempunyai kekuatan dari segi mental dan fizikal...maka tinggal lah kebun cili tersebut, kerana pokok cili nih amat rumit untuk dijaga baik dari serangan serangga, ulat, kulat dan pebagai lagi....Namun kini setahun sudah kebun kami...dan kami masih belajar teori yang benar-2 dapat memberi pulangan yang lebih disamping dapat mengurangkan kos...

Insyaallah..akan kami paparkan suasana kebun kami dari semasa ke semasa kerana kami juga dalam proses pembesaran kebun cili ini....kami cuba untuk menanam 3000 pokok pula...

Kami juga sedang mencari pekebun-2 yang sukar memasarkan cili mereka. Kami akan datang ke kebun anda dan membeli secara borong. Pasaran sentiasa ada menanti anda semua. Justeru itu, hubungilah pihak kami untuk keterangan lanjut...