Thursday, February 18, 2010

Anak Semaian Cili


Salam semua kepada usahawan fertigrasi..sue dan suami berharap anda semua sihat walafiat dan berharap semoga projek fertigrasi masih diteruskan. Walaupun modal agak tinggi pada permulaan projek, namun insyaallah kita akan dapat balik modal tersebut sekiranya kita benar-2 fokus pada projek ini.

Heheheh melalut pulak yer...sebenarnya sue dan suami mendapat banyak panggilan mengenai anak semaian cili...sekiranya anda bernasib baik, ada jugak la anak semaian tersebut, jikalau tidak, anda harus menempah dahulu anak semaian. Ini kerana banyak terjadi kami telah menyemai anak semaian, toke-2 tersebut tidak jadi mengambil anak semaian tersebut, jadi kami mengalami sedikit kerugian. Justeru itu, sekiranya anda yang berminat untuk membeli anak semaian cili, seeloknye membuat tempahan dahulu dan sedikit deposit kepada kami supaya perancangan dapat berjalan dengan lancar dan tiada pihak yang rugi...

Akhir kata...selamat maju jaya kepada usahawan cili fertigrasi...

No comments:

Post a Comment